Wednesday, April 3, 2013

Jangan membelakangkan Allah!

Assalamualaikum,

Tentu ada dikalangan kita yang tidak sedar dan leka
dengan apa yang berlaku disekeliling.
Dan tentu juga wujud di antara kita yang tidak perasan pun akan hal ini.

Contoh pertama : "U, sejak i pakai Aurawhite, muka i berseri-seri, melepak kan u? putih kan i sekarang? ni semua sebab aurawhite tu. kalau tak ada produk tu. tentu i hitam macam dulu."

Contoh kedua : "Eh Nab, lain kau sekarang, licin je kulit, glowing gitu. Tulah aku suruh pakai dulu lagi produk yg aku jual tu. Kau tahu, kalau tak sbb aku, kau takkan cantik macam skrg ni."

Contoh ketiga : "Sejak aku mula berniaga, duit aku bertambah-tambah, sekarang aku dah kaya. Dah tak miskin macam dulu. Sekarang semua akan pandang tinggi pada aku"

Dan banyak contoh lagi yang kita boleh fikir sendiri.

Ketiga-tiga mereka takkan dapat apa-apa melainkan dengan izin Allah. Apa kata, kalau kita duduk dan berfikir, (berdiri pun boleh) kita takkan dapat apa-apapun melainkan dengan rezeki Allah. Allah dah bantu kita, tapi dengan angkuhnya kita tidak bersyukur, seolah-olah mereka dapat atas usaha sendiri.

Ya memang, pada mereka dah usaha tentulah dapat. Walaupun dah usaha sedaya habis, Allah kata tak dapat.. tak dapatlah!

Cuba tukar niat, sebut Alhamdulillah di setiap rezeki yang kita dapat. Sudah tentu berganda-ganda nikmat dan rezeki Allah bagi.


Sekian,
N.a :)

4 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah utk setiap situasi suka atau duka ^*

Aishah Jahirah said...

betul tu setiap yg berlaku dengan izinNya....

noraauliyya said...

||Sis aLeaSaRa|| : Alhamdulillah. :)

noraauliyya said...

Aishah Jahirah : Betul, Semua daripadaNya.