Wednesday, February 27, 2013

Selesai praktikal

Alhamdulillah, sejak dinobatkan kos ini memerlukan pelajar-pelajarnya mengambil latihan industri sebagai syarat untuk grad nanti, maka N.a dengan bangganya melompat-melompat kegembiraan menandakan satu bab ini telah tamat!! huh, tiba-tiba 3 tahun tu rasa macam 10 tahun.

Namun,


Ada namun pulak..

Walaupun bab itu dah tamat, ada lagi muka surat baru yang mencatatkan "Bab yang ke lima ratus tiga puluh tujuh ribu enam ratus dua puluh lima" di sebelahnya. Nak tak nak, muka surat tu tepaksa jugak di selak-selak untuk teruskan kehidupan yang fana ini, aiseh.

Taqrir! sama maksudnya dengan laporan. Sejak balik dari sumah sewa hari tu, benda ni la yang dok pulun buat. Balik-balik menghadap bab ni. Selak punya selak, masih tak keluar lagi bab baru. Dalam masa yang sama, powerpoint untuk pembentangan depan ustaz yang berbahagia pun kena buat jugak. Alah itu senang je, benda yang sama dalam taqrir.


Waktu Kursus Umrah Perdana kat Ampang
(N.a 'tengah', alah yg tak berapa nak kiut tu la)

Insya'Allah after pertengahan bulan Mac ni, tamatlah bab ni, tunggu Konvo pulak. Alhamdulillah.

4 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye pergi kursus umrah...moga segalanya dipermudahkan yea...

aswadz said...

wahhh... tahniah2.

Hans said...

tahniah :-)

biela bell said...

berapa bulan praktikal tu?

all the best :)