Thursday, October 18, 2012

Terlalu mewar-mewarkan kebahagian sendiri.

Assalamualaikum,

Saya terbaca satu artikel dari FB Syabab Musafir Kasih,
dan ianya sangat-sangat menarik perhatian.
Setuju dengan pendapat dia,
Lantas saya share di blog saya.

Terlalu mewar-warkan kebahagiaan sendiri juga adalah pintu kepada ujian-ujian. Misalnya, anda baru sahaja kahwin kemudian anda rasa sangat bahagia sehingga setiap detik romantis bahagia anda ingin disharekan kepada umum.

Mahu hebahkan bukan sekadar 'kami dah kahwin' tetapi 'kami sangat bahagia.' Malah ada juga segelintir kita tanpa sedar berbangga diri; misalnya -

"Oh sebab aku selalu buat baik begini-begini, sebab aku pandai jaga diri aku, sebab aku tak pernah couple, sebab aku jumpa parents dia terus, maka aku alhamdulillah dapat pasangan yang baik. Oh bahagianya aku!"

Tidakkah persis dengan firman Allah:
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). "
( Surah al-Zumar ayat 49 )

Dia lupa. Sebenarnya bahagia itu bukan sebab dia. Tapi Allah.

Begitu juga orang yang gemar bercerita tentang kejayaan demi kejayaan yang diraihnya kepada umum. Malahan berulang kali diulang. Sampai orang yang membaca terasa "eh, macam menunjuk-nunjuk pula...riaknya dia..angkuhnya..muak pula baca.."

Mungkin terlupa firman Allah:

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. " (Surah At-Taghabun ayat 16)

---

Bukan tidak boleh mewar-warkan kebahagiaan dan kejayaan sendiri. Tetapi berpada-padalah.

Tidak perlu beritahu sampai orang jelik. Pun tidak perlu sorok sampai orang langsung tidak tahu.

Ingat, kebahagiaan dan kejayaan yang dirasai dan dikecapi nilainya bukan percuma. Tetapi menyusul kemudiannya ujian, dugaan dan rintangan.

Jangan pula status-status kita sebelum penuh dengan entri kebahagiaan-kebahagiaan kita nanti berganti dengan status-status kita berkeluh-kesah, down dan putus asa kerana ujian telah mulai datang.

cc: Syabab Musafir Kasih

8 comments:

khaifaiz said...

ok dapat... kene lebih bertapis takut lain pula interpretasinya

noraauliyya said...

haha, pandangan orang lain2 bro. ada org jenis tak ambil kisah, dan ada org jenis sebaliknya pulak.

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for dropping by my blog....bleh jew...

noraauliyya said...

hehe, sama2 :)

Aishah Jahirah said...

kena beringat la...sekadar berkongsi tp tak berlebihan sampai org meluatkan,tu yg terbaik.wasatiah...

noraauliyya said...

yup! nk share boleh, tapi berpada2 n tak berlebihan.

Telor Power said...

terpulang pada pandangan org...


salam kenal. thanks dtg jengah ke blog hamba tu

noraauliyya said...

sama2 telor power! :)