Wednesday, December 21, 2011

Gangguan Syaitan




Sejak dua tiga empat lima menjak ni, macam-macam hal berlaku dalam rumah kami. Selepas buat pendinding rumah, tidur pun tak lena, asyik merasa seram sejuk je. Dengar kata mereka rumah ni ada "penghuni". Namun aku masih kurang percaya. Tapi tetap mengamalkan ayat Kursi sebelum tido. Seluruh pintu dalam rumah kami dah tampal ayat Kursi dan ayat seribu dinar. Apa-apa pun semoga Allah melindungi dan mejauhkan kami dari perkara yang tak di ingini. Ameen ya rabbal alameen.

Mungkin ada beberapa cara mengelak gangguan syaitan yang boleh Auliyya kongsikan ..


 Sentiasa berzikir kepada Allah

 Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca “Isti’azah” atau membaca “Basmalah”. Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).

Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.

 Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah “Basmalah”.

 Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.

 Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.

 Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.

 Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:

“Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”. maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari).

 Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf (118 – 119) dan surah Taha (69).

 Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari” (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

 Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian menghembuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim).





26 comments:

:: Into The New World :: said...

Kuatkan diri.
Jgn cepat lemah semangat tau.
Apa-apa pom amalkan ayat Quran dan tahu maksudnya.
Bila kita tahu maksud ayat yg kita baca, baru laa ayat tu berkesan.
Wallahualam :)

khaifaiz said...

semoga selamat semuanya

noraauliyya said...

@:: Into The New World :: : tenkiu.. insya'Allah..

noraauliyya said...

@khaifaiz : Ameen ya Rabbal a'lameen.

.izzatul.hazwani. said...

temkiu for the info :)

noraauliyya said...

@.izzatul.hazwani. : same2 :-)

kim heeruul said...

sharing is caring..
moga2 benda tu tidk mengggu...

noraauliyya said...

@kim heeruul : Ameen . mtk djauhkan.

Pendamba Mawar said...

mekasih kongsi

noraauliyya said...

@Pendamba Mawar : same2.

♥ Misz Ainie ♥ said...

kalo bleh, semangat tu mesti ku lah sys..solat 5 waktu jgn tinggal

Qairel Latif said...

goodluck dalam melawan hantu saitan.. \m/

hanaahmad said...

perkongsian berguna. terima kasih! :)

eyjalukman said...

thanks sharing . jaga diri taw :)

Chegu said...

die nak bergurau tu...hehehe, ngaji bebnyk e

khairul akmal bin azman said...

liyya cam ustazah da

alhamdulilah!

Woofer Storm said...

terima kasih atas info..

#jangan takut dgn syaitan,kerana Allah sentiasa ada..

noraauliyya said...

@♥ Misz Ainie ♥ : bla tak suci tak ckup la solat..hehe.

noraauliyya said...

@Qairel Latif : gud luck?

noraauliyya said...

@hanaahmad ; same2 sis.

noraauliyya said...

@eyjalukman : same2 eyja. thanks to you t0o..

noraauliyya said...

@Chegu :haishh bergurau? seram tuh.

noraauliyya said...

@khairul akmal bin azman : ustazah? haha

noraauliyya said...

@Woofer Storm : same2.. ye trima kaseh woofer.

aswadz said...

rumah sewa ke?

Anonymous said...

wah hwbatt adik nie..bguslah blog u nie hehehhehehe..tahniah dong