Friday, November 25, 2011

Peristiwa yang memalukan.


Bila berada dalam kelas, teringat peristiwa yang agak memalukan sem lepas..dalam kelas NAHU III ustaz Mohd Nor, biasalah bila kelas petang-petang nih, mata mula memainkan peranan..kepala mula mengangguk tanda faham apa yang di ajar.


Bukan di pertengahan kelas, tapi awal-awal lagi dah rasa mengantuk yang amat. Namun tetap menganggukkan kepala. Suara ustaz makin lama makin sayup dan semakin jauh..Tapi banyak kali terjaga dan buat-buat tulis sesuatu dalam note supaya Ustaz tak perasan.

Tiba-tiba " ya Noratiqah hal anti tafhamun? "( wahai noratiqah adakah kamu faham?)
dengan separuh sedar danyakinnya, aku berdiri dan menjawab " mi ah fil mi ah ya ustaz" (seratus peratus saya faham, ustaz!) 
Lantas aku terdengar suara 45 orang pelajar ketawakan aku termasuk Ustaz. Rupanya Ustaz belum ajar apa-apa lagi. Aku pulak terlebih bijak jawab yang aku faham. Grrr.. Malu kowt.

Pape pun minta maaf yer ustaz. Harap ustaz terima maaf saya ni sebab saya dapat 4.00 untuk subjek ustaz nih sem 4 yang lepas...hehe.

p/s: Pengajarannya jangan tidur time kelas !






12 comments:

HUDAJMAL said...

haha. huda pun suke tidur jgk. tapi tak smpi kena tngkap lagi. hehehe

Tea said...

Waaahhh bestnyee faham bhs arab....

Munnafendy said...

laaaa blum ajar lagi rupanya...dah tu ape yg difaham tu? hehe =P

khaifaiz said...

tidurlah diluar kelas... hehehe

RinsyaRyc said...

sebenarnya nak komen samting tadik. tapi terkejot tengok name tuh .. yang tuh.. tuh die.. huhuhu.. Munnafendy. = ="


<----

'ustaz penat sangatni, bagi masa ustaz 5 minit ajeh. '


kengkawan mula bising.

'Woi! senyap -2!! uztaz nak tido!' *rin*


Ustaz tuh bangun dok gelak betul2. =_="


time tuh form 4 lagik..

khairul akmal bin azman said...

tiada maaf bg mu..
hehe

TwIstiEs*meSti Mau* said...

mmg muka mengantukk...aduyai...hahah

jom minum kopi kat umah..haha

kim heeruul said...

kan dah kantoi.

Izyan Masri said...

HAHAHAHAHA.TENGOK ENTRY NI TERUS RASA NAK KOMEN GAMBAR TU.SMARTNYA SPEC DIA ;D

Ihsan Arifin said...

alah yan tayah nak gelak sangat ah. kau pun same je suke tido dalam kelas kah kah kah

chekgu kechik said...

haha..confident je jawab..

YaYa said...

bestnye faham bahasa arab....