Monday, October 24, 2011

Boleh tak kita buat macam tu ?


Alhamdulillah , pagi isnin yang indah . dh brekpes? kalau dah ..
meh sini dok depan sikit, yang belakang tuh dengar tak ? *dengarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr* 
dah sedia ? *dahhhhhhhhhhhhhhh*
ok good .
Auliyya nak kongsi sesuatu dengan korang .

Cuba bayangkan situasi-situasi ni .....


gambar hiasan


Kalau kita tengah dok minum-minum, makan, menyembang dengan kawan-kawan , tiba-tiba mai sorang lagi kawan satu tempat kerja habaq "Din, bos panggil ang sat "... kita dengan serta merta bangun. habih tinggai macam tu ja ayaq (kopi, milo, teh, nescafe *err perlu ke sebut ?*) yang tak habih minum lagi tuh. sebab apa ? sebab kita tau kita kena p jumpak cepat bos kita tuh , apa yang bos tu suruh kena buat la jugak , tak boleh tangguh-tangguh . tak pasai-pasai kena marah nanti. tak pun kena pecat .


TAPI, cuba bayangkan sat , kalau kita tengah dok ghalek minum-minum, makan macam tadi tu , tiba-tiba bilal dok bang azan ajak kita p solat jemaah kat masjid . Ada dak kita bersikap macam tadi.. terus bangun tinggai semua tu p rumah Allah sebab kita faham yang azan tu dok panggil kita solat , dan perintah Allah tu wajib kita patuh.


Boleh dak kita buat macam tu ?


20 comments:

Pendamba Mawar said...

kiasan yang menarik..:) like..

PinKy MoMMa said...

renungan yang menarik.. ;)
sama sama kita ubah supaya menjadi lebih dari smalam..

cik wanie Lovela (CWL) said...

hahaha..sbb manusia nie takut dengan benda yg nyata.yg dia xnmpk dia xtakut.

*SiRibenMerah said...

erkk.. insaf~ huhu...

budak penjara said...

betul dah tu..tapi klu belahar fiqah..makan terhidang di depan mata,kita kena makan dlu..tp cpt2 kn la mkn..lps tu baru solat..sbb de stngh pendapat kata makanan lebih aula sebab nk suh solat kusyuk

zOeY zAu YaH said...

hehehhe kan?

noraauliyya said...

@budak penjara betul la tu , tapi jangan makan sempai kenyang dan jangan membazir! kiasan yang di beri ni .. untuk menegur saya dan kita supaya patuh kepada perintah Allah .

Chegu said...

terima kasih ustazah ingtakan kami semua

noraauliyya said...

@Chegu ya Allah , tak layak jadi ustazah . cuma memperingati diri sendiri n kawan2 .

Chegu said...

@noraauliyya
ustazah lah tu yob...deme kan nak ngajo bahasa arab

noraauliyya said...

@Chegu idoklah teman , teman nk keje lain, b.arab blh g lam byk bidang . huhu

SpeakerSekolah said...

Sjujurnya memang x..tpi kdang2 ingat mud jgak..adoiii...nice entry.. :)

tiefazatie said...

nice n3 wak..=)

kim heeruul said...

lumrah dunia..

Tea said...

Ohh tak2.. Saya kalau tengok bos saya lari.. Sebab tamo nanti bos suh buat mcm2 keje..

noraauliyya said...

@Tea haha awak ni kelakar lah !

hafiz hafizol said...

Hohoho.. dia tulis entri lam Loghat Kedah.. miahaha :D

hanaahmad said...

manusia. ada beza panggilan dunia dan akhirat.

khaifaiz said...

keduniaan lebih penting agaknya... sepatutnya kena balance la... tak gitu noksss... nice entry wak...

RinsyaRyc said...

:)

cepat2 pi masjid.. ^^

--->selasa baru dtg sini = =" Hihihihi